Pada 22 Februari 2014, Parol Negeri Selangor telah menganjurkan program intervensi ODP bersama masyarakat. Program ini turut melibatkan kerjasama dengan Sekolah Kebangsaan Kampung Rinching serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah tersebut. Seramai 12 ODP dan 15 kakitangan melibatkan anggota dan pegawai Parol Negeri Selangor dan Pejabat Parol Daerah Hulu Langat terlibat pada program ini. Antara aktiviti yang dijalankan adalah gotong royong dan juga sesi pameran yang diadakan sebagai hebahan kepada masyarakat dan pelajar sekolah. Adalah diharapkan agar program yang diadakan ini dapat membantu ODP di dalam membina keyakinan apabila berhadapan masyarakat sekaligus dapat menyumbang khidmat bakti dalam program tersebut.
""