| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Mesyuarat Kerja Outcome Based Budgeting (OBB) Bagi Penyediaan Kerangka Pengurusan Prestasi Aktiviti (APMF) Jabatan Penjara Malaysia

Pada 2-4 Mac 2014 telah berlangsung Mesyuarat Kerja Outcome Based Budgeting (OBB) bagi Penyediaan Kerangka Pengurusan Prestasi Aktiviti (APMF) Jabatan Penjara Malaysia di Nilai Springs Resort.  Mesyuarat tersebut telah disertai oleh YBhg. TKJP Dato' Hj Hassan b. Sakimon, Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan dan Koreksional), Pengarah-pengarah Bahagian  selaku ahli dan focal person Pasukan Petugas OBB. Trainer OBB Jabatan TKjP Abdul Kadir b. Rais dan Master Trainer OBB En Wan HashimBin Wan Rahim daripada Kementerian Dalam Negeri telah memberikan taklimat dan pendedahan berhubung dengan OBB. Objektif mesyuarat kerja ini  ialah untuk berbincang dan membuat penambahbaikan kepada aktiviti mengikut keutamaan berdasarkan sumbangan kepada outcome yang berteraskan OBB bagi membantu dalam penyediaan budget 2015.  Pada akhir mesyuarat tersebut, APMF yang disediakan telah disemak dan telah mendapat pengesahan daripada Pengurusan Tertinggi Jabatan untuk penyediaan bajet jabatan.

 

""