Pada 15.03.2014 (Sabtu), jam 09.30 pagi, Penjara Simpang Renggam telah menerima lawatan Program Latihan Khidmat Negara dari Kem Padang Hijau, Kluang Johor seramai 400 orang pelatih. Lawatan ini adalah kerjasama daripada Kem PLKN dengan Pejabat Penerangan Daerah Kluang. Program diisi dengan aktiviti Mesej dari Penjara yang melibatkan sesi perkongsian pengalaman penghuni di sebalik tirai besi selain taklimat Jabatan yang disampaikan oleh IP Jalal bin Jamal.
Turut hadir pada program tersebut ialah Penguasa Azman bin Mohd Ali dan Pegawai dari Unit Pemulihan Penjara Simpang Renggam.
""