14 Mac 2014. Bertempat di Surau An-Nur Institusi Pemulihan Dadah Jelebu, N. Sembilan, Seramai 170 penghuni telah menghadiri majlis ceramah agama Islam dan penyampaian sumbangan buku-buku agama dan komputer kepada Surau An-Nur. Ceramah telah disampaikan oleh Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Sohibul Fadhilah Haji Nor Azamir bin Haji Alias. Majlis penyampaian sumbangan telah diadakan selepas sesi ceramah di mana Pegawai Daerah Jelebu, Tuan Haji Mohamed Roduan bin Ujang yang mewakili Yang Berhormat Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail, Ahli Parlimen Jelebu telah menyampaikan sumbangan 2 buah komputer riba manakala buku-buku berbentuk keagamaan telah disampaikan oleh Timbalan Mufti Kerajaan N. Sembilan. PP Amer Shariffudin bin Mat Noor merangkap Timbalan Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu, telah sudi menerima sumbangan tersebut bagi mewakili Pengarah.
""