Rabu 19 Mac 2014 bertempat di Dewan Kelab Penjara Kajang telah diadakan 'Majlis 1Veteran 1Malaysia' Jasamu Sentiasa Dikenang dan Dihargai anjuran Persatuan Bekas Tentera Malaysia. Objektif majlis bertujuan Penyampaian Pemberian Khas "One-Off" Tabung Pahlawan kepada Veteran OKU. Majlis diserikan dengan kehadiran YBhg Dato' Sri Dr Haji Ismail bin Haji Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.Turut Hadir Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pertahanan, TKPj Haji Ahmad Fauzi bin Haji Awang, Timbalan Pengarah Keselamatan & Inteligen Ibu Pejabat Penjara dan PKP Husin bin Haji Johari, Timbalan Pengarah Penjara Kajang.
""