1 Jun 2014 (Ahad), bertempat di Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan telah diadakan Majlis Pemakaian Pangkat Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) Koperal dan Sarjan Penjara Peringkat Institusi Penjara dan Parol Negeri Kelantan. Majlis pemakaian pangkat ini telah disempurnakan oleh YBhg. KJP Dato' Sri Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Seramai 148 orang Koperal dan 37 orang Sarjan terlibat dalam pemakaian pangkat Peringkat Institusi Penjara dan Parol Negeri Kelantan. Turut hadir di majlis tersebut adalah YBhg. Datin Sri Hjh. Noraini binti Hj. Man, Pengerusi PERSIAP Malaysia, YBhg. KPj Dato' Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adahan, Pengarah Dasar Kepenjaraan, Ketua-Ketua Institusi Zon Timur , Pengarah-Pengarah Parol Negeri Zon Timur serta Pegawai Kanan Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan.
""