| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kejohanan Permainan Tradisional Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2014

23 hingga 25 Mei 2014, Kompleks Ibu Pejabat Penjara Malaysia yang terdiri daripada Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Penjara Kajang, Maktab Penjara Malaysia dan Penjara Wanita Kajang telah menjadi tuan rumah kepada penganjuran Kejohanan Permainan Tradisional Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2014. Sebanyak 15 pasukan melibatkan seramai 180 peserta telah mengambil bahagian di dalam beberapa acara sukan seperti Sepakraga Ratus, Congkak, Batu Seremban, Dam Aji dan Menyumpit Sasaran. Majlis penyampaian hadiah dan perasmian penutupan kejohanan telah disempurnakan oleh  YBhg.Komisioner Jeneral Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia merangkap Yang DiPertua Majlis Sukan Penjara Malaysia. Turut hadir YBhg.Dato' Wan Abdul Rahman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (engurusan) serta Pengarah Bahagian dan Ketua Institusi Zon Tengah. Keputusan kejohanan adalah seperti berikut:-


Congkak
Johan : Selangor C
Naib Johan : Pahang A
Ke tiga bersama : Melaka dan Johor A


Sepakraga ratus
Johan : Selangor A
Naib Johan : Melaka
Ke tiga : Selangor B


Batu Seremban
Johan : Pulau Pinang
Naib Johan : Johor C
Ke tiga bersama : Melaka dan Selangor A


Dam Aji
Johan : Kedah A
Naib Johan : Melaka
Ke tiga bersama: Johor B dan Selangor A


Menyumpit sasaran
Johan : Mohamad Yahud (Pulau Pinang)
Naib Johan :Warner Anak Sikat (Sarawak)
Ke tiga : Mohd Ishak Ahmad (Pulau Pinang)


Pemenang keseluruhan
Johan : Pulau Pinang
Naib Johan : Selangor A
Ke tiga : Melaka

 

""