Pada 27 Mei 2014 Unit Program Pembangunan Insan, Pusat Pemulihan Akhlak Machang telah mengadakan Program Jalinan Kasih sambutan Hari Ibu dan Bapa peringkat penghuni. Seramai 15 orang penghuni dan 60 orang ahli keluarga telah hadir bagi meraikan Hari Ibu dan Bapa. Disamping itu majlis ini berjaya mengeratkan silaturahim dan memberi kesedaran kepada penghuni betapa besarnya pengorbanan sarta harapan seorang ibu bapa bagi melihat perubahan anaknya ke arah kebaikan. Majlis telah dirasmikan oleh PKK Muhammad Zuki bin Muhammad Zain, Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan.
""