| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Ketua Eksekutif MiDAS Ke Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Mahkota

Pada 2 Jun 2014 Pusat Pemulihan Pemasyarakatan (PPP) Kem Mahkota, Kluang telah menerima lawatan kerja dari Lt Jeneral Dato' Pahlawan William R Stevenson, Ketua Eksekutif Malaysia Institute Of Defence And Security (MiDAS). Lawatan yang bermula seawal jam 10.00 pagi dengan disambut oleh IP Shaari Bin Abd Rahman, Timbalan Komandan PPP Kem Mahkota dan Mejar Mohd Farish Bin Nordin, Ketua Pembantu Wadar PPP Kem Mahkota. Lawatan kerja bermula dengan lawatan ke blok penghuni untuk melihat struktur bangunan dan meninjau keadaan penghuni Orang Yang Diselia (ODS) di PPP Kem Mahkota. Lawatan diteruskan ke Pejabat Pentadbiran,  Tempat Kerja ODS dan diakhiri dengan jamuan bersama pengurusan PPP Kem Mahkota dengan iringan Band D'Mahkota. Turut bersama KIP Sulaiman Bin Jau'ah, Timbalan Pengarah Parol & Perkhidmatan Komuniti Negeri Johor dan Lt Kol Abu Samah Bin Abdullah, Ketua Staff Stesyen Kem Mahkota Kluang.

 

""