Pada 10.06.2014 Penjara Sungai Udang, Melaka telah menerima seramai 40 peserta Program Malaysian Technical Cooperation Programme ( MTCP). Rombongan tersebut telah disambut oleh Timbalan Pengarah PKP M.Zainuddin b. Ibrahim yang mewakili Pengarah Penjara Sungai Udang.Lawatan tersebut telah diberi taklimat serta melawat ke dalam kawasan penjara untuk melihat program dan aktiviti pemulihan yang telah dijalankan kepada penghuni.
""