Pada 14hb Jun 2014 (Sabtu), Penjara Simpang Renggam telah menerima kunjungan daripada Ampang Bikers Community yang diketuai oleh Muhammad Hafis bin Selamat selaku Setiausaha Ampang Bikers Community, Selangor Darul Ehsan. Seramai 100 orang ahli Kelab Ampang Bikers Community yang terlibat membawa bersama-sama mereka wakil media dari Akhbar Utusan. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk memberi kesedaran dan keinsafan kepada semua ahli Kelab Ampang Bikers Community berhubung dengan pelaksanaan hukuman melalui sesi taklimat dan aktiviti pameran yang diadakan bertempat di Rumah Kelab Penjara Simpang Renggam. Menyambut ketibaan rombongan PP Azman bin Mohd Ali bersama kakitangan Penjara Simpang Renggam.
""