| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Mesyuarat Pelarasan Penganjuran Bersama The 2nd International Innovation Design & Articulation (I-IDEA) 2014 Antara Universiti Teknologi Mara (Perlis) Dan Jabatan Penjara Malaysia

Pada 17 Jun 2014 telah berlangsung Mesyuarat Pelarasan Penganjuran Bersama The 2nd International Innovation Design & Articulation (I-Idea) 2014 antara Universiti Teknologi Mara (Perlis) Dan Jabatan Penjara Malaysia yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Perdana, Blok Pentadbiran UiTM Kampus Perlis. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Hj. Ahmad Redzuan Hj. Abd Rahman, Rektor UiTM Perlis serta dihadiri oleh Y.Bhg. Dato' Wan Ali Bin Besar, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (Pengurusan), Y.Bhg. Komisioner Dato' Alzafry Mohamed Alnassif Bin Mohamed Adahan, Pengarah Dasar Kepenjaraan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Timbalan Komisioner Mohd Sobri Bin Yaacob, Pengarah Akademi Koreksional Langkawi, Penolong Komisioner Abdul Kadir Jailani bin Ismail, wakil-wakil Jabatan Penjara dan Pegawai-pegawai yang terlibat dengan penganjuran i-IDeA 2014.


Mesyuarat ini membincangkan tentang penganjuran bersama  i-IDeA 2014 antara Jabatan Penjara Malaysia dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis yang akan diadakan pada 16-19 September 2014 bertempat di Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi.

 

""