21 Jun 2014 (Sabtu), Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan telah mengadakan Majlis Pelancaran Kad Pelawat 1 Penjara Peringkat Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan bertempat di Perkarangan Tempat Jumpa, PPA Machang. Majlis pelancaran tersebut telah dilakukan oleh PKP Rosdi bin Ahmad, Timbalan Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan. Seramai 120 orang pelawat telah hadir semasa majlis pelancaran tersebut. Turut hadir di majlis tersebut adalah En. Zolkiflee bin Mohamood, Pengurus Besar Growth Evenue Sdn. Bhd.
""