17 Jun 2014, Institusi Pemulihan Dadah, Jabatan Penjara Malaysia, Jelebu, Negeri Sembilan telah menerima lawatan kerja daripada Bahagian Pelajaran Lanjutan, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam. Lawatan seramai lima orang pegawai yang ketuai oleh Hajah Hashimah Binti Haji Abdul Rahman, Ketua Bahagian Pelajaran Lanjutan adalah bagi meninjau pelaksanaan program pemulihan terutama program Halaqah di institusi ini.
""