Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2014 telah berlangsung pada 24 hingga 26 Jun 2014 bertempat di Auditorium Ilmu, PULAPEN Taiping, Perak. Penyertaan KIK peringkat jabatan pada tahun ini disertai oleh 14 kumpulan yang berjaya mara dari Konvensyen KIK di setiap peringkat zon. Majlis Perasmian Penutupan Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Jabatan Penjara Malaysia Dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Sri Haji Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia pada 26 Jun 2014. Pada Tahun ini diumumkan juga Persembahan Terbaik iaitu Kumpulan Walid dari Penjara Pra Bebas Dusun Dato' Murad, Melaka dan Pameran Terbaik iaitu Kumpulan MYQ dari Penjara Kajang. Keputusan Konvensyen KIK pada tahun 2014 adalah seperti berikut :
Kategori : Pengurusan
KEPUTUSAN |
INSTITUSI |
TAJUK PROJEK |
Johan |
SHG Teluk Mas, Melaka ( IKON) |
Kelewatan Penyampaian Maklumat Memo Dan Surat Kepada Kakitangan Serta Keluarga Penghuni. |
Naib Johan |
Penjara Kajang (MYQ) |
Kesukaran Mengesan Penempatan Banduan Semasa Lawatan di Penjara Kajang. |
Ketiga |
Ibu Pejabat Penjara Sabah (ETIKA) |
Pemantauan Laporan Bulanan Tidak Efektif. |
Kategori : Teknikal
KEPUTUSAN |
INSTITUSI |
TAJUK PROJEK |
Johan |
Penjara Pra Bebas Dusun Dato? Murad, Melaka (WALID) |
Ternakan Ayam Kampung Tidak Mencapai Piawaian ?Feed Conversion Efficiency? |
Naib Johan |
Penjara Wanita Kota Kinabalu, Sabah (KARISMA) |
Kaedah Pembuangan Minyak Masak Terpakai Kurang Praktikal. |
Ketiga |
Parol & Perkhidmatan Komuniti Negeri Kelantan (MERPATI) |
Kelewatan Menyiapkan Kerja Menanam Anak Pokok. |
""