Pada 27 JUN 2014 jam 0830 malam bertempat di Dewan Tan Sri Murad Penjara Sungai Buloh telah berlangsung majlis Malam Jasamu Dikenang Peringkat Zon Tengah 2014. Majlis melibatkan pesara-pesara daripada Institusi Penjara Zon tengah yang berpencen pada tahun 2014 dan penyampaian anugerah anak-anak cemerlang STPM, SPM, PMR dan UPSR daripada POA dan PERSIAP. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran Yang Berbahagia Dato' Seri KJP Zulkifli bin Hj Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Pengarah-Pengarah Bahagian , Ketua-ketua Institusi Zon Tengah, Pesara-pesara dan anak-anak cemerlang zon tengah.
""