03 Julai 2014 Seramai lima Ahli Jawatankuasa Penubuhan Taska Penjara Sungai Udang, Melaka yang diketuai oleh TPP Ismawi bin Sulong telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Taska Taman Perpaduan Taman Bemban yang di bawah kelolaan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Melaka. Tujuan lawatan adalah sebagai persiapan bagi penubuhan taska di Penjara Sungai Udang, Melaka.
""