Kompleks Penjara Seberang Perai telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Perdana Peringkat Institusi pada 10 Julai 2014. Aktiviti gotong-royong memasak oleh Jawatankuasa dan ahli-ahli PERSIAP bermula seawal jam 8.00 pagi. Pengarah Kompleks Penjara Seberang Perai, PKK Kamarudzaman bin Hj. Mamat serta isteri turut hadir bagi memeriahkan suasana. Majlis juga turut dihadiri oleh Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang, wakil-wakil Institusi, wakil Jabatan Kerajaan, pesara-pesara, wakil-wakil komuniti setempat dan Qaryah berdekatan. Program bermula dengan Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang KAFA 2013 dan Sumbangan Zakat (Tabung Amal, Mutiara Kafe dan PERSIAP) kepada asnaf terpilih di antaranya ialah Pusat Pengajian Pondok Sungai Bakap, Maahad Darul Faizin, Nibong Tebal, 10 ahli keluarga terpilih dari Kg. Sungai Duri dan Sg. Baong, Encik Rosli bin Abdul Rahim, Taman Widuri (Sakit Buah Pinggang) dan Encik Ibrahim bin Abdullah dari Pondok Sungai Bakap (Akan melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir). Agenda diteruskan lagi dengan majlis tahlil dan doa selamat serta berbuka puasa, solat Mahgrib, solat Isyak dan Tarawih serta jamuan moreh.
""