Pada 8 Julai 2014 (Selasa), telah berlangsungnya rakaman Takbir Raya Yang Berhormat Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri bersama kakitangan dan penghuni Jabatan Penjara Malaysia bertempat di Masjid Jabatan Penjara, Kompleks Penjara Kajang. Turut hadir ialah Yang Berhormat Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Yang Berbahagia Dato' Mohamad Khalid Hj. Shariff, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.
Bacaan takbir raya ini dipimpin oleh Ustaz Ali Badram Halim, Ustaz Abd Rahman Abd Ulkhani dan Ustaz Muhammad Hafiz Mohammad Foizi, imam Masjid Jabatan Penjara. Rakaman ini adalah kerjasama antara Jabatan Penjara dengan ASTRO OASIS yang melibatkan peserta mengambil bahagian seramai 400 orang terdiri daripada 200 orang anggota dan 200 orang penghuni penjara. Rakaman takbir raya ini akan ditayangkan di ASTRO sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.
""