15 Julai 2014, Penjara Sungai Petani telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Penghuni Bersama Pengarah bertempat di Dewan Sekolah Integriti Penjara Sungai Petani, Kedah. Tazkirah telah disampaikan oleh Ustaz Wadi bin Anuar, Penceramah Jemputan. Majlis melibatkan Pegawai kanan, Unit PPI, Guru-guru Sekolah Integriti dan 89 penghuni Penjara Sungai Petani, Kedah. Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh PKP Mohd Muslih bin Mahmud, Pengarah Penjara Sungai Petani serta ahli Lembaga Hakim Pelawat.
""