Program Imarah Ramadhan 2014 telah diadakan pada 4 Julai 2014 bersamaan 6 Ramadhan 1435h (Jumaat) bertempat di Dataran Penghuni Penjara Alor Setar , Kedah mulai jam 6.00 petang hingga 8.30 malam
Program ini dianjurkan dengan kerjasama Islamic Aid Malaysia (AIM) yang melibatkan seramai 50 orang banduan / tahanan dan 50 waris. Bersempena program ini, En. Zawahir Abdullah , Presiden Islamic Aid Malaysia telah menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada setiap waris banduan / tahanan yang hadir.
Program Imarah Ramadhan tersebut turut diserikan lagi dengan pengisian tazkirah yang disampaikan oleh YBhg. Ustaz Aminurrashid, Pensyarah Universiti Utara Malaysia sebelum Majlis Berbuka Puasa (Iftar), Solat Maghrib berjemaah dan sidang media.
Program Ini diadakan bertujuan untuk menyalurkan bantuan kepada keluarga banduan / tahanan bagi meringankan beban ahli keluarga yang bermasalah terutama di segi sumber pendapatan dalam menampung kehidupan keluarga. Selain itu, juga bermatlamat mengeratkan hubungan silaturrahim diantara banduan / tahanan dengan keluarga.
Turut hadir dalam menjayakan program ini, KPj. Jamaluddin bin Saad (Ketua Seksyen Pengurusan Banduan , Jabatan Penjara Malaysia) , YBhg. Dato' Abu Hasan bin Hussain PKP ( Pengarah Penjara Alor Setar) serta para pegawai dan anggota Penjara Alor Setar.
""