Pada 10 Julai 2014, Penjara Pusat Sibu telah mengadakan Majlis Iftar Ramadhan Peringkat Penghuni bertempat di Zon Damai Penjara Pusat Sibu. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran YB Dr Annuar Rafaee ADUN 49 Nangka dan TKPj Abd Kadir Bin Rais Pengarah Penjara Negeri Sarawak disamping PKP Hj Mohd Farid Bin Hj Kassim Pengarah Penjara Pusat Sibu, Pegawai-pegawai kanan serta wakil-wakil dari jabatan dan agensi kerajaan. Majlis telah dimulakan dengan tazkirah ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Johari Bin Bujang (JAKIM). Disusuli dengan persembahan nasyid daripada penghuni sebelum majlis berbuka puasa. Solat Maghrib, bacaan yasin dan tahlil, solat Isya? dan solat sunat tarawih berjemaah turut diadakan yang diimamkan oleh Ustaz Khairil Nazri Bin Mohd Nizam (JAIS).
""