17 Julai 2014 (Rabu) - Unit Agama Penjara Puncak Borneo Kuching telah mengadakan aktiviti pembayaran zakat fitrah untuk penghuni. Ustaz Abdul Qohar Malakalu Bin Ismail selaku amil Penjara Puncak Borneo Kuching telah melaksanakan aktiviti pembayaran zakat tersebut. Kadar bayaran Zakat Fitrah bagi negeri Sarawak pada tahun 2014 ialah sebanyak RM 7.00 seorang. Seramai 91 orang penghuni telah menunaikan zakat fitrah dan kutipan tersebut telah diserahkan kepada pihak Baitulmal Negeri Sarawak.
""