15 Julai 2014, Biro Wanita, Kementerian Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak telah menyampaikan sumbangan kuih raya kepada anggota uniform yang bertugas sempena Hari Raya Aidilfitri bertempat di Dewan Pahlawan, Markas Briged Pasukan Gerakan Am Sarawak, Batu Kawa Kuching. Sumbangan telah disampaikan oleh YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak. Turut hadir pada majlis tersebut ialah PKP Fathi bin Mursidi, Pengarah Penjara Puncak Borneo mewakili Pengarah Penjara Negeri Sarawak, Puan Noriah bt Haji Ahmad, Pengarah Biro Wanita, wakil dari Badan-Badan Kebajikan NGO Negeri Sarawak dan anggota PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Penjara Negeri Sarawak.
""