Sibu - Pada 15 Julai 2014, lawatan tapak Penjara baharu Sibu bertempat di Batu 14 Oya Jalan Sibu-Bintulu telah diadakan oleh YB Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr. Wan Junaidi Bin Tuanku Ja'afar diringi oleh Ketua Pengarah Penjara Malaysia, YBhg.Dato' Sri Hj Zulkifli Bin Hj Omar. Turut mengiringi lawatan tersebut ialah Pengarah Penjara Negeri Sarawak TKPj Abd Kadir Bin Rais, Timbalan Pengarah Pembangunan dan Perolehan PKP Rosman Bin Norman, PP Kamarudin Bin Jantan serta Pengarah Penjara Pusat Sibu PKP Hj Mohd Farid Bin Hj Kassim. Lawatan kerja tersebut adalah untuk meninjau kawasan tanah baru yang dicadangkan bagi pemindahan Penjara Sibu sedia ada.
""