| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Amal Bersama Anak-anak Baitul Ehsan Al-Khairi Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur

18 Julai 2014 - Maktab Penjara Malaysia telah menganjurkan Program Amal Bersama Anak-anak Baitul Ehsan Al-Khairi Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur. Ianya merupakan salah satu program kebajikan di luar Maktab Penjara Malaysia.


Program ini dihadiri oleh Kakitangan MPM dengan diketuai oleh TKPj Ibrisam Bin Abdul Rahman, Pengarah Maktab Penjara Malaysia. Sumbangan berupa barang-barang keperluan dan wang tunai diserahkan kepada kira-kira 21 orang anak-anak perempuan yang berumur dalam lingkungan 5 hingga 18 tahun dan juga 5 orang anak-anak lelaki yang berumur 7 hingga 8.


Pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi diasaskan oleh Puan Ummi Azizah Saad dan suaminya En. Omar Ab. Ghani. Pertubuhan ini memberi perlindungan kepada anak-anak yang kurang bernasib baik seperti anak-anak yatim dan fakir miskin. Mula didaftarkan sebagai Pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi pada Mac 2012, sebelum ini dikenali sebagai Madrasah Tahfiz Baitul Ehsan/ Rumah Anak-anak Yatim Baitul Ehsan.

 

""