18 Julai 2014 Masjid Al Muhajirin Kompleks Penjara Sungai Udang, Melaka telah menjadi tuan rumah bagi penganjuran Majlis Penutupan Tilawatul Quran Antarabangsa Peringkat Negeri Melaka Kali Ke 5. Majlis telah disempurnakan oleh TYT Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, Yang Dipertua Negeri Melaka yang turut dihadiri bersama YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Hj.Haron, Ketua Menteri Melaka, Speaker Kerajaan Negeri Melaka , Setiausaha Kerajaan Negeri dan Exco- exco Kerajaan Negeri Melaka, Ketua-ketua Jabatan serta orang awam. Jabatan Penjara Malaysia telah diwakli oleh KPj Wan Mohamad Nazarie bin Wan Mahmood, Pengarah Keselamatan dan Inteligen.
""