| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Pengarah Hospital Sungai Buloh dan Pegawai Perubatan Ke Penjara Sungai Buloh

Pada 17 Julai 2014,  Penjara Sungai Buloh menerima lawatan daripada 20 Pegawai perubatan pelbagai unit daripada Hospital Sungai buloh yang diketuai oleh Dr Khalid bin Ibrahim,  Pengarah Hospital Sungai Buloh.  Lawatan diadakan bertujuan mengeratkan silaturrahim antara jabatan dan membincangkan isu-isu permasalahan kesihatan banduan di Penjara Sungai Buloh.  Lawatan ini juga menunjukkan keprihatinan pihak Hospital Sungai Buloh bagi membantu pihak Penjara Sungai Buloh dalam menyediakan kemudahan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh dan juga sumbangan alatan perubatan terhadap Klinik Penjara Sungai Buloh.   Aturcara lawatan diisi dengan sesi taklimat dan perbincangan, lawatan ke dalam klinik penjara, penyampaian sumbangan serta sesi bergambar.

 

""