15 Julai 2014, Penjara Taiping telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama kira-kira 30 orang anak-anak yatim dari Pertubuhan Rumah Anak-anak Lelaki, Kampung Boyan, Taiping Perak. Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil ringkas diikuti dengan penyerahan sumbangan dari Penjara Taiping yang disampaikan oleh PKK Shukri Bin Saad, Pengarah Penjara Taiping kepada anak-anak yatim tersebut dan Pusat Kebajikan. Majlis diteruskan dengan jamuan berbuka dan solat terawih berjemaah.
""