21 Julai 2014, Penjara Puncak Borneo telah mengadakan Majlis Iftar Ramadhan 1435H bertempat di Surau As- Syafie di Kompleks Penjara Puncak Borneo .Majlis telah dihadiri oleh kakitangan Penjara Puncak Borneo ,Ibu Pejabat,Pejabat Parol, Pejabat Parol Negeri dan Parol Daerah dan juga kakitangan PULAPEN negeri Sarawak. Antara atur cara pada malam tersebut adalah penyampaian saguhati Taddarus kepada anak-anak kakitangan yang disampaikan oleh PKP Fathi bin Mursidi, Pengarah Penjara Puncak Borneo. Majlis diteruskan dengan jamuan berbuka dan solat terawih berjemaah.
""