18 Julai 2014, Majlis Iftar Penjara Sabah 2014 bersama Y.Bhg. Komisioner Jeneral Dato' Sri Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia telah berlangsung di Penjara Sandakan. Dalam majlis yang sama Penjara Sandakan turut menunaikan tanggungjawab sosial melalui sumbangan kepada 20 orang anak yatim daripada Rumah Selawat Nabi, Taman Sejati Ujana Batu 7 Sandakan.
Majlis dihadiri TKPj Abdul Basir bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Sabah, Encik Nik Mohamad Zaki bin Nik Ismail, Pengarah Sumber Manusia dan Pentadbiran, TKPj Supri bin Hashim, Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan, PKP Sazali bin Ismail, Pengarah Penjara Sandakan. Turut hadir semua Pengarah-pengarah Institusi Penjara dan Parol Sabah serta dif-dif jemputan daripada Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, serta NGO.
""