21 Julai 2014 - Institusi Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah meraikan Majlis Berbuka Puasa bersama 26 orang Anak-anak Yatim Darul Aitam Bukit Pegoh Melaka. Majlis ini dihadiri YBhg. TKJP Dato' Hj Hassan bin Sakimon, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan dan Koreksional) dan turut dihadiri oleh Ketua-ketua institusi Negeri Melaka, Ahli Lembaga Pelawat dan Guru-guru Al-Taqwa serta Halaqah. Majlis dimulakan dengan Tazkirah oleh Ustaz Soffy bin Kamaluddin Bahagaian Agama dan Kaunseling Pulapol Segamat dan seterusnya diikuti dengan penyampaian sumbangan oleh YBhg. TKJP Dato' Hj Hassan bin Sakimon kepada ibu-ibu tunggal dan Anak-anak Yatim. Majlis diakhiri dengan jamuan berbuka puasa dan solat terawih berjamaah.
""