17 Julai 2014, Jabatan Penjara Malaysia Sabah telah menerima sumbangan seekor lembu dan kuih raya daripada Ahli Parlimen Putatan P173 YB Datuk Dr Marcus Mojigoh. Majlis ini telah diadakan di Ibu Pejabat Penjara Sabah. Sumbangan tersebut telah disampaikan sendiri oleh YB Datuk Dr Marcus Mojigoh kepada PKK Suria bin Hj Idris yang mewakili Pengarah Penjara Sabah. Turut hadir dalam majlis ini ialah ahli rombongan Parlimen N173 Putatan serta pegawai-pegawai kanan daripada Kompleks Penjara Kota Kinabalu.
""