22 Julai 2014 ( Selasa ) Institusi Pemulihan Dadah, Jabatan Penjara Malaysia, Jelebu, Negeri Sembilan telah mengadakan Majlis Iftar Ramadhan Bersama Penghuni bertempat di Surau An-Nur Penjara Jelebu. Seramai 95 orang banduan telah mengikuti majlis ini termasuk 30 orang banduan Program Khatam Al-Quran dan 11 orang banduan Mualaf ( Saudara Baru Islam ). Majlis dihadiri oleh Timbalan Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu iaitu PP Amer Shariffudin bin Mat Noor. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan iaitu YBhg. Dato' Haji Ibrahim bin Hassan, Ketua Penolong Pegawai Daerah Jelebu, YM Raja Norazli bin Raja Nordin, Pegawai-pegawai Jabatan Kerajaan Daerah Jelebu, Hakim Pelawat Negeri Sembilan serta kakitangan institusi. Majlis dimulakan dengan berbuka puasa, Solat Magrib dan Penyampaian Sumbangan kepada peserta Khatam Al-Quran dan Muallaf.
""