17 Julai 2014, bertempat di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha Kota Kinabalu, Jabatan Penjara Malaysia Sabah telah menerima sumbangan kuih raya daripada YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah. Majlis penyerahan kuih raya ini melibatkan 8 agensi pasukan keselamatan di Negeri Sabah sebagai menghargai dan tanda terima kasih kepada pasukan keselamatan yang sentiasa komited untuk menjaga keselamatan dan keamanan Negeri Sabah biarpun terpaksa bertugas pada musim perayaan ini. Penyerahan kuih raya itu diterima sendiri oleh TKPj AB Basir Bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Sabah.
""