22 Julai 2014 Penjara Marang telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama penghuni. Majlis tersebut diadakan di surau banduan telah dihadiri oleh PP Raja Mohd Amazon Bin Raja Daud, mewakili Pengarah Penjara Marang. Jemputan lain yang turut hadir adalah PKP Mat Yaakob Pengarah Pusat Koreksional Dungun, PP Sukri Bin Haron Pengarah Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Terengganu serta En.Mohd Mahiran Bin Yusof Pegawai daripada Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu ( MAIDAM ). Pada majlis tersebut juga disampaikan kutipan zakat daripada banduan Penjara Marang kepada wakil MAIDAM.
""