23 Julai 2014, Majlis Ihya Ramadan Peringkat Penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu telah diadakan di Surau Penjara Pusat Kota Kinabalu. Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran YB Datuk Seri Panglima Hj Masidi bin Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, PKK Suria Bin Hj Idris, Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu, PP Hamdan Bin Salleh Majin, Pengarah Parol Dan Komuniti Negeri Sabah. PKP Nora Binti Musa, Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu, PP Jamian Arim wakil Pengarah Negeri Sabah, Pegawai-Pegawai kanan dan kakitangan penjara pusat kota kinabalu serta penghuni penjara. Antara Pengisian majlis tersebut ialah Khatam Al-Quran, dan persembahan Qasidah serta penyampaian hadiah kepada peserta Tilawah Al-Quran, Hafazan dan Azan. Tazkirah Ramadan telah disampaikan oleh Ustaz Razali Bin Jacsoan. Seterusnya, Penyampaian cenderahati dan ucapan YB Datuk Seri Panglima Hj Masidi Bin Manjun. Dalam ucapan beliau menyeru agar penghuni menginsafi dan mendekatkan diri kepada Tuhan supaya menjadi insan yang lebih bertanggungjawab kepada bangsa, agama dan negara. Beliau juga turut menyumbang lima buah mesin jahit dan wang sebanyak lima ribu ringgit. Majlis diakhiri dengan solat isyak dan terawih serta moreh.
""