23 Julai 2014 - Bersempena bulan Ramadhan Al-Mubarak Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah mengelolakan Majlis Berbuka Puasa Peringkat Penghuni Sekolah Henry Gurney Melaka . Objektif program ini bertujuan memberi peluang kepada penghuni disini agar dapat sama-sama merasai nikmat berbuka bersama keluarga selain dapat mengeratkan tali silaturahim antara penghuni dan warga kerja Jabatan Penjara Malaysia serta Ahli-ahli Lembaga Pelawat , Guru-guru Halaqah dari Majlis Agama Islam Melaka dan Badan NGO AL-Taqwa. Program ini turut diserikan dengan kehadiran Puan Hajjah Rohana bte Abdullah,Mantan Pengarah SHG Melaka.
Program dimulakan dengan Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Ustaz Aziman bin Ahmad dan Ustaz Abdul Jalil bin Abd Samad. Tazkirah disampaikan oleh Dr Ann Wan Seng yang berkisar tentang kelebihan dan nikmat di bulan Ramadhan. Majlis diakhiri dengan penyerahan wang zakat penghuni Sekolah Henry Gurney sebanyak RM 1514.20 oleh PP Arzaee bin Abdullah kepada wakil Pusat Zakat Negeri Melaka SP Ghafar bin Musa dan solat Magrib berjemaah.
""