23 Julai 2014, Unit Program Pembangunan Insan Penjara Pokok Sena telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Penghuni bersama Pengarah Penjara Pokok Sena 2014, yang di sertai 200 orang penghuni yang terdiri daripada 170 penghuni lelaki dan 30 penghuni wanita.
Majlis ini di serikan lagi dengan kehadiran PKP Faridon Bin Md Saad, Timbalan Pengarah Penjara Pokok Sena, Kakitangan Penjara dan Pegawai Zakat negeri Kedah Darul Aman. Aturcara majlis di mulakan dengan Khatam Al-quran , tazkirah Ramadhan di sampaikan oleh Yang Berbahagia Tuan Sheikh Yusof Bin Hj Ahmad Timbalan Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Negeri Kedah, penyampaian saguhati Tadarus Al-quran serta penyerahan replika cek kutipan zakat kakitangan dan penghuni Penjara Pokok Sena kepada Pegawai Zakat Negeri Kedah bagi tahun 2014.
""