Penjara Pusat Kota Kinabalu dan Penjara Wanita Kota Kinabalu telah menyertai Pertandingan Menembak Pistol Sempena Sambutan Perayaan 50 Tahun Sabah Merdeka Dalam Malaysia pada 29-30 November 2013. Perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah di Lapang Sasar, Dewan Undangan Negeri Sabah. Dalam pertandingan tersebut, IP Saiful Adli Bin Awang telah memenangi Johan Acara Pengurus dan Naib Johan Acara VIP Berkumpulan berganding dengan peserta daripada Jabatan Imegresin. KIP Farinah Gou Rahman juga telah berjaya menjadi Naib Johan dalam Acara Wanita Terbuka dan TPP Mariah Philip Naib Johan acara VIP Berkumpulan bergandingan bersama Jabatan Kastam.
""