Kuching - Bagi menutup tirai tahun 2013 pihak PULAPEN Negeri Sarawak telah mengadakan kursus semangat berpasukan yang telah diadakan pada 29 hingga 30 Disember 2013 bertempat di Sinar Serapi Eco Theme Park, Kuching, Sarawak. Seramai 26 orang pegawai dan kakitangan penjara dari Ibu Pejabat Penjara Sarawak, Penjara Puncak Borneo dan juga PULAPEN Sarawak terlibat termasuk TKPj Abd. Kadir Bin Rais, Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Pelbagai acara telah diadakan sepanjang kursus tersebut seperti acara persembahan berpasukan, latihan dalam kumpulan dan pada hari terakhir kursus tersebut pertandingan kayak kategori beregu dan juga perseorangan.
""