Perhimpunan Bulanan Kompleks Penjara Seberang Perai telah diadakan pada 6 Januari 2014. Pada majlis tersebut turut diadakan pemakaian pangkat Inspektor kepada IP Fazli bin Abu Bakar , IP Mat Zahir bin Ahmad Bakri, IP Mohd Shafni bin Shaibun dan IP Sazuan bin Saupi Teri serta penyampaian Pingat Am Penjara kepada WP18083 Noorhasniza binti Hashim.
Selain itu enam penyampaian Sijil Penghargaan KPI iaitu Sijil Penghargaan Bebas Artikel Larangan Di Kawasan Utama DAKU, Sijil Penghargaan Pencapaian 95% Modul (SMPP) dan Biometrik, Sijil Penghargaan Jawatankuasa Persiapan Majlis Perasmian Kompleks Penjara Seberang Perai dan Pencapaian Penanaman 2000 Pokok, Sijil Penghargaan Pencapaian Kursus 7 Hari Setahun, Sijil Penghargaan Pencapaian Melebihi 90% Sistem Keselamatan Elektronik Bersepadau (SKEB) dan Sijil Penghargaan Perlaksanaan Sistem Pengurusan Stor, MYSPARTA, Sistem Pengurusan Aset yang disempurnakan oleh PKK Kamarudzaman bin Hj Mamat, Pengarah Penjara Seberang Perai. Acara diteruskan dengan bacaan teks perutusan YBhg. Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia.
""