7 Januari 2013 ( Selasa ), bertempat di Institusi Pemulihan Dadah Jelebu, Negeri Sembilan seramai 15 Pegawai dan kakitangan daripada Penjara Negara Brunei Darussalam telah mengadakan lawatan sambil belajar. Rombongan ini diketuai oleh Penolong Penguasa Penjara Hj. Saini b. Hj. Maidin, Ketua Pusat Latihan, Jabatan Penjara Negara Brunei Darussalam. Sebelum lawatan diadakan sedikit taklimat berkenaan IPD Jelebu dan Terapi Kemasyarakatan (TC) telah disampaikan kepada delegasi. IPD Jelebu amat berbesar hati menerima lawatan delegasi tersebut dan berharap ianya akan dapat mengukuhkan lagi ikatan silaturrahim serta kerjasama perkhidmatan kepenjaraan dua buah negara.
""