14 Januari 2014 Jabatan Penjara Malaysia telah menyertai Perarakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H / 2014M yang dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah. Jabatan Penjara Malaysia telah menghantar seramai 100 orang kontinjen lelaki yang diketuai oleh PKK Ku Nawawi Bin Ku Hamid. Perarakan bermula di hadapan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) menuju ke Masjid Putra sejauh 1.7KM. Jabatan Penjara Malaysia telah memenangi pertandingan Kategori Beruniform serta telah dinobatkan sebagai Kontinjen Keseluruhan Terbaik dalam pertandingan Perarakan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan kali ini. Majlis ini juga turut dihadiri oleh KJP Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, TKPj Ibrisam bin Abdul Rahman dan TKPj Haji Nordin bin Haji Muhamad.