Kuala Terengganu, 16 Januari 2014 - PPD Kuala Terengganu telah mengadakan program ramah mesra sempena kedatangan tahun 2014. Program ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara pihak Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Terengganu dengan jabatan-jabatan lain, NGO dan orang awam serta meraikan kerjasama yang telah diberikan untuk menjayakan Sistem Parol. Seramai 80 tetamu dijemput hadir bagi menjayakan program ini yang bermula dari jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi. Antara wakil jabatan dan agensi yang hadir adalah Unit Risikan Jenayah IPK Kuala Terenganu, Unit Narkotik IPK Kuala Terengganu, Agensi Anti Dadah (AADK) Kuala Terengganu, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Kuala Terengganu dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Manakala NGO yang terlibat adalah dari Pertubuhan Anak Yatim BaitulSakinah dan CAKNA serta Pengerusi dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Sesi penyampaian sijil penghargaan kepada agensi dan individu yang berkaitan telah disempurnakan oleh KIP Mokhtar bin Muhamad Nor. Program ini telah merapatkan hubungan serta berjaya meningkatkan kerjasama diantara jabatan dan agensi terlibat.
""