22 Januari 2014 Bertempat di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya, telah di adakan perbincangan dua hala di antara Jabatan Penjara Malaysia dengan Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung Konsep Hospital Penjara. Perbincangan dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Daud, Bahagian Alam Sekitar dan Pekerjaan manakala Jabatan Penjara Malaysia pula diketuai oleh YBhg.TKJP Dato' Hj. Hasan bin Sakimon,Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan dan Koreksional).Turut serta di dalam perbincangan tersebut ialah KPj Jamaludin bin Saad, Pengarah Pengurusan Banduan, PKK Zainah binti Hj. Pardi, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Banduan, PKK Nor Aziz, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan serta pegawai-pegawai Seksyen Rawatan Ibu Pejabat Penjara Malaysia.
""