25 Januari 2014, Jabatan Penjara Malaysia telah menganjurkan Forum Perbahasan Bersama Bloggers bersempena dengan penganjuran Seminar Penjara Sejahtera yang dijadualkan pada 8 Februari 2014 (Sabtu) bertempat di Dewan Kompleks Penjara Kajang. Konsep Penjara Sejahtera diperkenalkan bagi memperkasakan pengurusan kepenjaraan dengan mematuhi standard antarabangsa, undang-undang dan peraturan bagi mengekalkan keselamatan, kesejahteraan dan hak-hak asasi kakitangan dan penghuni di Jabatan Penjara Malaysia. Sesi interaksi ini telah dihadiri seramai 150 orang yang terdiri daripada media, bloggers, Jabatan dan Agensi Kerajaan serta NGO's dilihat sebagai platform terbaik bagi Jabatan Penjara Malaysia untuk mendapatkan respon pihak luar terhadap perkhidmatan yang diberikan ke arah meningkatkan kualiti perkhidmatan awam dan seterusnya mewujudkan perkhidmatan koreksional yang berprestasi tinggi.
""