Pada 5 Februari 2014 bertempat di Dewan Pemulihan, Unit Program Pembangunan Insan Penjara Pokok Sena telah diadakan Program Jalinan Kasih sempena Tahun Baru Cina peringkat penghuni Penjara Pokok Sena 2014.
Program ini telah disempurnakan oleh PKP Faridon bin Md Saad, Timbalan Pengarah Penjara Pokok Sena. Seramai 8 orang penghuni menyertai program ini yang turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Pelawat dan Media.
""