07 Februari 2014, Bahagian Pembangunan Profesionalisme Ibu Pejabat telah menganjurkan Executive Talk kepada Ketua-Ketua Institusi, Pengarah Parol Negeri, Pengarah dan Komandan Pusat-Pusat Latihan di Mess Pegawai Kanan IPPM. Program tersebut telah dihadiri oleh TKJP YBhg. Dato' Haji Hassan bin Sakimon, Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan dan Koreksional) serta Pengarah-Pengarah Bahagian. Majlis ilmu berkaitan dengan perkongsian amalan terbaik berhubung Konsep Penjara Sejahtera telah disampaikan oleh Profesor Dr. Neil Morgan, Inspector of Custodial Services Western Australia dan Bapak Dr.Adi Sujatno, Mantan Direktur Jenderal Pemasyarakatan Negara Indonesia.
""