| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Audit Pemantauan Sirim QAS Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 Jabatan Penjara Malaysia

Pada 27 hingga 30 Januari 2014 telah berlangsung audit pemantauan SIRIM MS ISO 9001:2008 Jabatan Penjara Malaysia bagi tahun 2013. Audit Pemantauan kali ini diketuai oleh Tuan Haji Ali bin Borhan bersama-sama 5 pegawai audit yang lain melibatkan Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Ibu Pejabat Penjara Sabah serta 21 Institusi Penjara dan Pejabat Parol Negeri. Audit bermula pada 27 Januari dan tamat pada 30 Januari 2014. Mesyuarat penutupan Audit Pemantauan diadakan di Ibu Pejabat Penjara Malaysia yang dipengerusikan oleh KPj YBhg. Dato' Wan Abdul Rahman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) selaku Wakil Pengurusan MS ISO 9001:2008 Jabatan Penjara Malaysia. Mesyuarat tersebut membentangkan hasil penemuan audit sepanjang audit pemantauan dilaksanakan di institusi-institusi yang terlibat. Ketua audit memberi komen positif terhadap SPK jabatan dan pengesyoran untuk persijilan bagi jabatan.

 

""